Sumbangan Pelbagai & Majlis Kesyukuran PASTI

Print

Program empat dalam satu iaitu Majlis Penyampain Beras Skim Al-It'aam, Majlis Penyampaian Gerbang Az-Ziwaaj, Penyampaian Sumbangan Kifalah, serta Majlis Kenduri Kesyukuran PASTI sempena kejayaan PASTI Al-Arshadi Panchor dianugerahi Guru PASTI Terbaik Peringkat Kebangsaan setelah melalui beberapa siri pencalonan di peringkat negeri dan kebangsaan. Keempat-empat program ini diadakan serentak dan tempat yang sama di perkarangan Pejabat ADUN Panchor. Program dimulakan dengan ceramah motivasi oleh penyampai ceramah motivasi buruan masa kini di Kelantan iaitu Ustaz Zainuddin Che Ismail dari Yayasan Islam Kelantan (YIK). Seterusnya sepatah dua kata dari Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia, Bahagian Projek Khas iaitu Ustaz Mohd Hafiz Bin Musa. Majlis disempurnakan dengan ucapan tazkirah dari YB Ustaz Dato' Nik Amar sempena kedatangan Ramadhan Kareem dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan serta jamuan bagi hadirin yang hadir. Dikesempatan ini juga pihak ADUN dan Majlis Tindakan DUN mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan majlis ini seawal selepas subuh dengan persiapan penyembelihan seekor lembu, memasak sehingga kepada hidangan dan susun atur majlis.