Lawatan Rasmi Ke Kemboja & Vietnam

Print

120909_kemboja

KEMBOJA, 9 SEPTEMBER 2012: Pertengahan September lepas, YB Ustaz Dato' Nik Amar selaku Exco Pendidikan Kelantan bersama-sama dengan Pengetua-pengetua YIK telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Kemboja & Vietnam selama 4 hari bermula 9 September hingga 12 September 2012.

Lawatan sebegini sentiasa diadakan bagi memantau proses pendidikan dan peperiksaan sekolah agama di Kemboja yang menggunapakai silibus daripada Yayasan Islam Kelantan (YIK). Beberapa pegawai YIK telah ditugaskan untuk memantau proses ini.

Sepanjang lawatan juga, banyak pengalaman yang ditimba daripada kesusahan hidup di Kemboja, kekurangan dana bagi membina prasarana pendidikan dan banyak lagi yang dikongsikan sendiri oleh Mufti Kemboja. YB Ustaz Dato Nik Amar juga sempat menyerahkan cek sumbangan dari YIK sebanyak RM50,000 bagi membina bangunan asrama sekolah agama di Kemboja yang rata-rata didirikan dari tiang, dinding dan lantai dari buluh.