DUN Panchor

Wednesday, Nov 13th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Home

Penghargaan Guru-Guru Al-Quran

E-mail Print PDF

111128_guru_quranPANCHOR, 28 November 2011: Majlis Penghargaan kepada Guru-Guru Al-Quran, HALWA, Isteri-isteri Penghulu serta pimpinan dan tenaga utama muslimat Panchor telah diadakan pada hari Isnin bermula 2:00 petang di Masjid Al-Amani, Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor.

Majlis didahului dengan ucapan dari YB Dato Nik Amar selaku ADUN Panchor dan sumbangan disampaikan oleh YBhg Datin Hasmini Husain, isteri kepada YB Dato'. Majlis diakhiri dengan jamuan makan.

Korban Perdana 1432H

E-mail Print PDF

111107_korban_perdanaPUTIK, 07 November 2011: Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) yang sentiasa menjadi lapangan wajib setiap tahun untuk diadakan Majlis Korban Perdana DUN Panchor 1432H / 2011M. Sebanyak 11 ekor lembu dikorbankan pada tahun ini.

Walaupun bilangan lembu kurang 4 ekor berbanding tahun lepas, namun terdapat tiga ekor lembu mega yang sangat besar setiap satunya berharga antara RM5000-RM6000. Majlis bermula seawal 8 pagi dan berakhir sejurus azan Zohor.

Upacara penyerahan daging-daging kepada penghulu tiap-tiap mukim untuk diagih-agihkan disempurnakan oleh YB Dato' Nik Amar sendiri yang setia bersama warga DUN Panchor dari awal pagi bersama Datin Hajjah Hasmani Husain.

Read more...

Seminar Maqasid Syar'iyyah

E-mail Print PDF

111026_maqasid_syariyyahKUALA IBAI, 26 Oktober 2011: YB Ustaz Dato' Haji Mohd Amar Bin Abdullah (Dato' Nik Amar), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan Dan Dakwah Negeri Kelantan dijemput untuk memberikan ulasan kepada kertas kerja yang dibentangkan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS & Ahli Parlimen Marang pada Seminar Maqasid Syar'iyyah, Pusat Tarbiyah PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai. YB DNA menyentuh pelbagai perkara seperti sebarang keputusan dan tindakan dalam pemerintahan mestilah berdasar tujuan asal syariat dengan mengambil kira perubahan keadaan dan zaman tanpa mengabaikan dasar dan asas syariat. Semua individu dalam semua lapisan parti dan masyarakat mesti memahami konsep asas maqasid yang bertujuan memelihara perkara-perkara yang utama.

Read more...

Rumah Sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan

E-mail Print PDF

111022_rumahKAMPUNG PANCHOR, 22 Oktober 2011: Persiapan menanti ketibaan dif-dif jemputan diadakan dalam suasana yang serba ringkas dan santai. Ketibaan YB Ustaz Dato' Nik Amar seorang diri tanpa iringan dengan hanya berjalan kaki mengejutkan para hadirin walaupun jarak dari kediaman beliau lebih kurang 200 meter namun cukup menampakkan kewibawaan beliau sebagai anak jati Kampung Panchor serta rendah diri.

Read more...

Bola Sepak 7 Sebelah

E-mail Print PDF

111021_bolaMajlis penyampaian hadiah dan sumbangan kepada pemenang sempena Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah anjuran PAS Cawangan Kampung Petani bersama Majlis Tindakan DUN Panchor telah disempurnakan oleh YB Ustaz Dato' Nik Amar, ADUN Panchor pada 21 Oktober 2011, 6:00 petang di padang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sering. Sebanyak 9 pasukan berjaya dibentuk dari cawangan Kampung Petani, Tok Mekong, Pengkalan Datu, Padang Kiat, Pasir Kasar dan Pulau Belanga. Tahniah diucapkan kepada pengarah dan penganjur program.

Sumber Gambar: Roslan Md Noor

Page 10 of 18