DUN Panchor

Tuesday, Jul 23rd

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Home

Perasmian Permukiman JPRK Ke-13

E-mail Print PDF

120907_jentera_pru

PERDANA RESORT, 8 SEPTEMBER 2012: Satu kem atau permukiman selama 2 hari bagi Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Pengkalan Chepa telah diadakan di Perdana Resort, PCB. YB Ustaz Dato' Nik Amar selaku YDP PAS Kawasan Pengkalan Chepa sempat meluangkan masa merasmikan majlis tersebut di sebelah petang Jumaat, 6:00 petang sebelum bertolak ke Mentakab.

Sumbangan Al-It'aam Ogos

E-mail Print PDF

120830_al_itaam_ogos

MASJID CIKGU HJ DAUD, 30 OGOS 2012: Sumbangan berbentuk 10kg beras setiap bulan ini adalah merupakan sumbangan bulanan yang kadang-kala tidak kami paparkan di web ini. Senarai penerima adalah dari keluarga yang susah. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu lagi memikirkan tentang beras setiap bulan yang menjadi makanan asasi kita.

Setiap kali sebelum penyampaian, akan sentiasa ada ceramah motivasi dan agama bagi memberikan semangat dan motivasi cara meningkatkan taraf hidup serta mendekatkan dan meninggikan darjat kita di sisi Allah. Pada kali ini, YB Ustaz Dato' Nik Amar sendiri meluangkan masa memberikan kata-kata semangat yang cukup menyentuh perasaan. Semoga sumbangan bulanan yang diterima hasil idea dari YAB Tuan Guru Nik Aziz satu ketika dulu ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka.

Perasmian Seminar PAPISMA 2012

E-mail Print PDF

120828_seminar_papisma

KOMPLEKS PURNAMA, 28 OGOS 2012: YB Ustaz Dato' Nik Amar sempat memberikan ucaptama dan merasmikan Seminar Kepimpinan Mahasiswa Kebangsaan PAPISMA 2012 yang diadakan di Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa jam 2:30 petang tadi.

PAPISMA merupakan nama ringkas untuk Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia yang merupakan sebuah NGO yang dianggotai oleh gabungan tenaga-tenaga profesional kesihatan yang antara lain tujuannya adalah untuk membimbing ahli dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan dan perubatan.

Sumbangan Pelajar Ke IPT 2012

E-mail Print PDF

120828_sumbangan_ipt

PEJABAT ADUN PANCHOR, 28 OGOS 2012: Seperti biasa, menjadi satu acara dan program berpanjangan DUN Panchor yang berterusan sepanjang tahun, Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Ke IPT 2012 & Penerima Pelbagai. Selain acara utama sumbangan kepada pelajar yang berjaya memasuki ke IPT, majlis turut digabungkan dengan penerima sumbangan seperti wang pendahuluan kematian Tabung Kifalah, Cek Az-Ziwaaj bagi pengantin baru dan peralatan IKS DUN Panchor.


Majlis di pagi Selasa yang bermula jam 10:00 pagi ini disempurnakan oleh YB Ustaz Dato' Nik Amar selaku ADUN Panchor. Tahniah dan terima kasih kepada penerima sumbangan. 

Sumbangan RM200 Pelajar Ke Timur Tengah

E-mail Print PDF

120827_harakah_sumbangan_timur_tengahMACHANG: PAS Kelantan melalui sumbangan Badan Amal Kesejahteraan Insan (Amal) membelanjakan sejumlah RM54,000 sebagai sumbangan kepada lebih 330 orang pelajar bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) ke Timur Tengah.

 

Sumbangan berkenaan disampaikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis meraikan pelajar Yik ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Dewan Ulama (Madu), di sini tengah hari tadi.

 

Turut menyampaikan sumbangan pengerusi Amal, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar) dan Pengarah YIK, Tengku Azmi Tengku Jaafar.

 

Seramai 330 orang pelajar bakal melanjutkan pengajian mereka dalam bidang perubatan, Pengajian Islam, kejuruteraan di Jordan, Mesir, Morocco dan Arab Saudi.

 

Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu mengingatkan pelajar berkenaan berhati-hati di bumi anbia kerana mereka akan sentiasa diuji.

 

Menurutnya, Timur Tengah tempat kelahiran para nabi, namun pada masa yang sama golongan taghut juga lahir di tempat yang sama.

 

“Guna ilmu yang kita pelajari sebaik mungkin, jangan kita pula mudah terpesong dengan ajaran yang tidak selari dengan kehendak Islam,” katanya.

 

Sementara itu Tengku Azmi, memberitahu, daripada 330 orang calon, seramai 59 akan melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran di Mesir, 186 pelajar pula ke Jordan untuk bidang pengajian Islam dan kedoktoran.

 

“Manakala 17 pelajar yang lulus Imtihan Qabul akan melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam di Mesir,” ujarnya.

Page 7 of 18