DUN Panchor

Wednesday, Nov 13th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Home

Perasmian Maybank Kubang Kerian

E-mail Print PDF

120925_maybankKUBANG KERIAN, 25 SEPTEMBER 2012: Mewakili YAB Dato' Bentara Setia MB Kelantan yang keuzuran dan terpaksa berehat di HUSM sejak Ahad yang lalu, Dato' Nik Amar menyempurnakan Majlis Perasmian cawangan Maybank Islamic Berhad di Kubang Kerian. Beliau membacakan teks ucapan yang telah disediakan untuk YAB Tuan Guru. Video rakaman ucapan dan teks perasmian penuh boleh diikuti di http://www.youtube.com/watch?v=WtXmkQpYNJk&list=PL8aNm9YeFGNdT-yxkRSS6dafH013aV0g9&feature=plcp.

Sumber Gambar: ZZMZ
Sumber Video: MyKelantanTV 

Kunjungan Hormat Ahli Dewan Acheh

E-mail Print PDF

120925_acheh

KOTA DARUL NAIM, 25 SEPTEMBER 2012: Menerima kunjungan hormat rombongan Ahli Dewan Perwakilan Acheh seramai 16 orang di Bilik Gerakan Negeri. Turut bersama menerima kunjungan ialah Dato' Speaker Kelantan.

Kunjungan Hormat Universiti Lim Kok Wing

E-mail Print PDF

120924_limkokwing

KOTA DARULNAIM, 24 SEPTEMBER 2012: Menerima kunjungan hormat Dekan Akademik, Universiti Lim Kok Wing dan beberapa orang kakitangannya di Pejabat EXCO Kelantan.

Ceramah Perdana

E-mail Print PDF

120921_ceramah_perdana

LAPANG PARI, 21 SEPTEMBER 2012: Cerama Perdana yang diadakan di perkarangan kediaman Wan Zulkifli dalam DUN Cempaka turut mengundang Bob Lokman disamping Tuan Guru Nik Aziz dan Nik Amar.

Lawatan Rasmi Ke Kemboja & Vietnam

E-mail Print PDF

120909_kemboja

KEMBOJA, 9 SEPTEMBER 2012: Pertengahan September lepas, YB Ustaz Dato' Nik Amar selaku Exco Pendidikan Kelantan bersama-sama dengan Pengetua-pengetua YIK telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Kemboja & Vietnam selama 4 hari bermula 9 September hingga 12 September 2012.

Lawatan sebegini sentiasa diadakan bagi memantau proses pendidikan dan peperiksaan sekolah agama di Kemboja yang menggunapakai silibus daripada Yayasan Islam Kelantan (YIK). Beberapa pegawai YIK telah ditugaskan untuk memantau proses ini.

Sepanjang lawatan juga, banyak pengalaman yang ditimba daripada kesusahan hidup di Kemboja, kekurangan dana bagi membina prasarana pendidikan dan banyak lagi yang dikongsikan sendiri oleh Mufti Kemboja. YB Ustaz Dato Nik Amar juga sempat menyerahkan cek sumbangan dari YIK sebanyak RM50,000 bagi membina bangunan asrama sekolah agama di Kemboja yang rata-rata didirikan dari tiang, dinding dan lantai dari buluh.

Page 6 of 18