DUN Panchor

Friday, Nov 15th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Home

Lawatan Ke Limkokwing Kota Bharu

E-mail Print PDF

121029_limkokwing

KOTA BHARU, 29 OKTOBER 2012: Menyampaikan ucapan dalam program lawatan ke Kampus Limkokwing Akademik, Kelantan. Turut sama memberikan ucapan ialah YBhg Prof Dr Zainal Abidin, Ketua Akademik. Program lawatan tersebut berlangsung selama 3 jam.

Korban Perdana DUN Panchor

E-mail Print PDF

121028_korban

PANCHOR, 28 OKTOBER 2012: Sebanyak 12 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini yang diadakan pada hari ketiga Aidil Adha. Program kali ini diadakan di tapak baru seluas 2 ekar yang akan dijadikan Kompleks DUN Panchor lengkap dengan pejabat ADUN, PASTI, Dewan Serbaguna, Masjid dan kawasan lapang untuk pelbagai aktiviti DUN Panchor dan masyarakat setempat. Daging korban diagihkan ke setiap pelusuk DUN Panchor melalui Penghulu masing-masing selain diagihkan kepada petugas di hari tersebut. Semoga program mendapat keberkatan.

Tayangan Skrin Besar Piala Malaysia

E-mail Print PDF

121020_final_bolaKOMPLEKS PURNAMA, 20 OKTOBER 2012: Tayangan skrin besar sempena perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan ATM. Selain skrin besar yang ditayangkan di perkarangan Pejabat ADUN Panchor berserta BBQ, satu lagi tayangan skrin besar dan cabutan bertuah juga diadakan di Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa.

Hadirin yang lengkap berjersi pasukan Kelantan sama-sama memberikan sokongan buat pasukan Kelantan. Pelbagai hadiah berupa barangan elektrik dan hamper disediakan bagi cabutan bertuah. Tahniah buat pasukan Kelantan yang menjuarai ketiga-tiga piala yang dipertandingkan pada tahun ini. Tahniah kepada hadirin yang berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah, dan terima kasih kepada semua hadirin dan penyokong The Red Warriors!

Ceramah Pentas Pemuda

E-mail Print PDF

121019_pentas_pemudaBADANG, 19 OKTOBER 2012: Berceramah di Kampung Pauh, Badang sempena Pentas Pemuda 22 Tahun Membangun Bersama Islam Peringkat Kawasan Pengkalan Chepa. Turut sama Ustaz Nasruddin Bin Hassan At-Tantawi.

Mesyuarat Pengurusan Pelajar Malaysia Mesir

E-mail Print PDF

121010_dewan_malaysia

KAHERAH, 10 OKTOBER 2012: Majlis Mesyuarat Pengurusan Pelajar Malaysia Mesir (MMPPMM) 2012 di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Kelantan diwakili oleh YB Ustaz Dato' Mohd Amar Bin Abdullah (Exco Pendidikan), Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Pengarah Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN), Penolong Pengarah YIK (Kurikulum) dan Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Mesir.

Page 4 of 18