DUN Panchor

Sunday, Mar 24th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita

Berita

Sambutan Aidilfitri 1433H

E-mail Print PDF

120822_aidilfitri_2012.jpg

KOMPLEKS PURNAMA, 22 OGOS 2012: Majlis Sambutan Aidilfitri 1433H anjuran PAS Kawasan Pengkalan Chepa telah diadakan pada Rabu, 4 Syawal 1433H bersamaan 22 Ogos 2012 di Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa. Majlis yang bermula jam 3:00 petang dihadiri oleh semua pimpinan Pengkalan Chepa serta masyarakat setempat. Turut mendapat sambutan adalah anak-anak Kelantan di perantauan yang pulang berhari raya, tidak melepaskan peluang untuk bersama dan mendekati pimpinan mereka.

Selain jamuan yang disediakan, kanak-kanak yang hadir turut diberikan duit raya. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada YAB Dato' Bentara Setia MB Kelantan, YB Ustaz Dato' Nik Amar, YB Wan Ubaidah Omar, YB Ustaz Abdul Halim, Pimpinan PAS Peringkat Kawasan Pengkalan Chepa, MTD DUN Panchor, Chempaka dan Kijang, Penghulu serta semua yang menjayakan majlis ini. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillaahillham.

Perasmian Pasar Kota Jembal

E-mail Print PDF

120523_perasmian_pasar_kota_jembalKOTA JEMBAL, 23 MEI 2012: Majlis Perasmian Pasar Kota Jembal telah disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan pada tengahari ini.

Turut sama hadir YB Ustaz Dato' Nik Amar, YB Dato' Abdul Fattah Mahmood, Tuan Haji Fauzi Bin Mat (YDP MPKB), Ahli-ahli Majlis MPKB, MTD Panchor, Ahli-ahli Persatuan Kerabat Di Raja Jembal, serta penduduk sekitar Kota Jembal.

Sejarah panjang lebar tentang Kota Jembal diulas oleh semua yang memberikan ucapan termasuk pengerusi majlis. Majlis bermula dengan ketibaan YAB Tuan Guru dengan kereta kuda diiringi hulubalang berkuda serta persembahan silat tari. Majlis yang tidak memakan masa yang panjang diringkaskan dengan upacara menandatangani plak perasmian serta doa selamat oleh YAB Tuan Guru.



MTD Panchor yang bertugas sebagai tuan rumah dalam menyediakan jamuan tengahari telah bersiap sedia seawal jam 3 pagi bersama penduduk kampung dimulai dengan penyembelihan lembu sehingga siap 12 kawah masakan. Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis ini dan terima kasih kepada yang memberikan sokongan terutamanya penduduk Kota Jembal yang memenuhi ruang Pasar Kota Jembal ini.



Sumber gambar: zamani@KelantanTV
Sumber video: MTD Panchor

Majlis Ramah Mesra Bersama PERAKAN Bintulu

E-mail Print PDF

120107_perakan_bintuluBINTULU, 07 JAN 2012: YB Ustaz Dato' Nik Amar selaku Exco Kerajaan Negeri Kelantan sedang menyampaikan ucapan amanat dalam majlis bersama PERAKAN (Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia) dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung penubuhan PERAKAN Cawangan Bintulu Sarawak jam 03.30 tadi di Hotel Li Hua.

Kuliah Maghrib Masjid As-Siddiqin

E-mail Print PDF

120105_kuliah_maghrib

Bidang Pengajian: Tafsir Al-Quran
Penyampai: YB Ustaz Dato' Nik Amar
Waktu: Selepas Maghrib, Setiap Sabtu (Malam Ahad)
Tempat: Masjid As-Siddiqin (Masjid Mukim Panchor)

Kuliah tetap mingguan ini telah bermula sejak 2010. Dari dua minggu sekali hingga kepada seminggu sekali atas permintaan jemaah.

Read more...

Sumbangan PMR & IKS

E-mail Print PDF

120105_pmr_iksTAMAN ORKID TENGKU ANIS, 05 JAN 2011: YB Ustaz Dato' Nik Amar (ADUN Panchor) sedang menyampaikan ucapan dalam Majlis Penyampaian Sumbangan PMR 2011 & Penyampaian Barangan IKS peringkat DUN Panchor pada Khamis yang lalu di Taman Orkid Tengku Anis, Jalan Padang Tembak, Panchor, Pengkalan Chepa.

Page 8 of 18