DUN Panchor

Friday, Aug 18th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Berita Setempat

Berita Setempat

Ijtima Imam Pengkalan Chepa

E-mail Print PDF

130223_ijtima_imam

KOMPLEKS PURNAMA, 23 FEB 2013: Ustaz Dato' Nik Amar merasmikan Ijtima' Imam Imam Kawasan Pengkalan Chepa jam 9:00 pagi di Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa.

Penunggang Remaja Maut

E-mail Print PDF

121114_kemalanganKOTA BHARU - Seorang sukarelawan Muktamar Tahunan Pas ke-58 maut di tempat kejadian apabila mangsa melambung selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh Proton Waja di Panchor, Pengkalan Chepa di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, motosikal ditunggangi Muhammad Hakim Mat Jid, 15, dari Kemumin dipercayai dipandu laju dan gagal dikawal sebelum terbabas dan merempuh kereta yang dipandu Wan Hassan Wan Ismail, 50. Mangsa yang juga merupakan pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka maut di tempat kejadian dipercayai cedera teruk di bahagian kepala.

Rakannya, Zafri Ahmad, 15, berkata, sebelum kejadian mangsa menaiki motosikal secara berkumpulan dengannya dalam perjalanan pulang ke asrama selepas selesai membuat persiapan muktamar di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik). Menurutnya, dia menyedari kejadian menimpa Hakim setelah berpatah balik ke Jalan Kemumin untuk mencarinya apabila mendapati mangsa tidak berada dalam kumpulan sama selepas kira-kira beberapa minit menunggu di jambatan Pak Nik Lah. “Setelah lama menunggu saya mengambil keputusan untuk mencarinya dan saya terkejut apabila sampai di tempat kejadian saya melihat tubuh Hakim terbaring kaku, “katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Zafri berkata, kali terakhir berjumpa Hakim ketika sama-sama bertugas di Putik dan arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan akan meninggalkan mereka semua. Dalam pada itu, Wan Hassan yang dalam perjalanan dari Pengkalan Datu ke Padang Tembak berkata, ketika tiba di tempat kejadian, dia melihat mangsa seolah-olah ingin membelok sebelum merempuh kereta dipandunya. Menurutnya, sebaik keluar dari keretanya dia mendapati mangsa yang tercampak kira- kira tiga meter di sebelah kiri dari kenderaannya sudah tidak bernyawa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, kejadian berlaku di Jalan Panchor berhampiran Jambatan Pok Nik Lah, Kampung Petani, Sering melibatkan motosikal jenis Wave dan Proton Waja. Katanya, mangsa dipercayai cuba memotong di garisan berkembar dan masuk ke laluan bertentangan. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.

 

Sumber: http://goo.gl/F9gPv

Ihtifal PASTI Al-Arshadi

E-mail Print PDF

121109_ihtifal_pastPANCHOR, 09 NOVEMBER 2012: Majlis Ihtifal bagi PASTI Al-Arshadi yang berlangsung dengan gemilang dan meriahnya di tapak baru, Pusat Khidmat ADUN Panchor yang bermula jam 10:30 pagi. Majlis dirasmilkan oleh YB Dato Nik Amar sendiri. Nama Al-Arshadi adalah sempena nama Tok Ayah Kedah iaitu Hj Arshad yang juga merupakan nenda (datuk) kepada YB kita.

Di tapak baru Pusat Khidmat ADUN Panchor ini juga, akan dibina bangunan 3 tingkat PASTI Al-Arshadi yang baru yang menelan belanja sekitar RM500,000. Justeru pelajar-pelajar sedia ada yang kini berjumlah 200 orang akan memperolehi lebih keselasaan di samping mempunyai padang dan persekitaran riadah yang lebih selamat berbanding tempat sedia ada yang begitu hampir dengan jalan besar.

Orang ramai yang berminat untuk menyumbang kepada pembinaan PASTI baru ini bolehlah menghubungi Pusat Khidmat ADUN Panchor.

Tayangan Skrin Besar Piala Malaysia

E-mail Print PDF

121020_final_bolaKOMPLEKS PURNAMA, 20 OKTOBER 2012: Tayangan skrin besar sempena perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan ATM. Selain skrin besar yang ditayangkan di perkarangan Pejabat ADUN Panchor berserta BBQ, satu lagi tayangan skrin besar dan cabutan bertuah juga diadakan di Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa.

Hadirin yang lengkap berjersi pasukan Kelantan sama-sama memberikan sokongan buat pasukan Kelantan. Pelbagai hadiah berupa barangan elektrik dan hamper disediakan bagi cabutan bertuah. Tahniah buat pasukan Kelantan yang menjuarai ketiga-tiga piala yang dipertandingkan pada tahun ini. Tahniah kepada hadirin yang berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah, dan terima kasih kepada semua hadirin dan penyokong The Red Warriors!

Ceramah Pentas Pemuda

E-mail Print PDF

121019_pentas_pemudaBADANG, 19 OKTOBER 2012: Berceramah di Kampung Pauh, Badang sempena Pentas Pemuda 22 Tahun Membangun Bersama Islam Peringkat Kawasan Pengkalan Chepa. Turut sama Ustaz Nasruddin Bin Hassan At-Tantawi.

Page 1 of 4

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  Next 
  •  End 
  • »