DUN Panchor

Saturday, Sep 22nd

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Program Kerajaan Negeri Kelantan

Program Kerajaan Negeri Kelantan

Loji Rawatan Manfaat Pada 50,000 Penduduk

E-mail Print PDF

111009_majaariKOTA BHARU, 10 Okt: Dalam usaha menjaga alam sekitar termasuk sumber air selain melaksanakan pengurusan perkhidmatan pembentungan bagi kesejahteraan dan keselesaan rakyat, kerajaan negeri mempertingkatkan sistem penyampaian dan perkhidmatannya.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagi mengambil alih tanggungjawab khususnya membabitkan pengurusan dan perkhidmatan pembentungan yang dahulunya dikendalikan pihak berkuasa tempatan, kerajaan telah menubuhkan syarikat pembentungan negeri, Majaari Services Sdn Bhd. Katanya, penubuhan syarikat itu pada 2007 selaras dengan pengenalan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Akta Industri Perkhidmatan Air.

Read more...

Majlis Penyampaian Program Al-It'aam

E-mail Print PDF

Majlis Penyampaian Program Al-It'aam peringkat DUN Panchor di Masjid Cikgu Haji Daud, Kampung Panchor, Sabtu 19 Februari 2011, jam 10 pagi telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mohd Amar Bin Abdullah, Exco Kerajaan Negeri / ADUN Panchor. Sekali lagi majlis diadakan di dalam masjid dengan penuh keberkatan dan sama-sama mendapat pahala dari niat iktikaf. Majlis bermula agak lewat sekitar jam 11 pagi berikutan program yang dihadiri oleh YB Dato' sebelum itu dan juga sempat menziarahi mangsa kebakaran 4 blok kuarters PGA di Pengkalan Chepa.

Kerajaan Kelantan telah memperuntukkan sejumlah RM1.5juta bagi skim ini dan seramai 100 keluarga dari setiap DUN akan menerima sumbangan beras 10 kilogram setiap bulan dan ia ditumpukan kepada keluarga termiskin. Semasa sesi tazkirah oleh YB Dato' beliau beberapa kali berpesan agar sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup dan hubungan kita sesama manusia atau sekurang-kurangnya menjaga hubungan erat kita dengan Allah SWT. Beliau juga berharap, sumbangan berupa 10kg beras setiap bulan bagi setiap keluarga ini dapat meringankan beban keluarga yang menerimanya. Majlis  turut diserta oleh Penggawa dan Dif Kehormat serta diakhiri dengan jamuan.

Gambar: Majlis Penyampaian Program Al-It'aam

Ramadhan Bulan Tarbiah Diri

E-mail Print PDF

KOTA BHARU, 9 Ogos - Kerajaan negeri Kelantan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan(JHAEIK) sekali lagi melancarkan sambutan Ihya Ramadhan bertempat di Balai Islam semalam bagi menzahirkan sokongan kepada pelbagai program yang dirancang di seluruh negeri bagi menghidupkan bulan Ramadhan. Perasmian majlis Sambutan Ihya Ramadhan peringkat negeri telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mewakili Menteri Besar Kelantan, turut hadir Pengarah JHAEIK Datuk Mohd Azamli Jamaluddin.

Read more...

Cakna Rakyat DUN Panchor

E-mail Print PDF

cakna_rakyat_silat

Bertempat di Kampung Padang Kiat, Sering, program dua hari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat yang tertarik dengan susunan aktiviti-aktiviti dan hebahan meluas di segenap kawasan baik pada kain rentang, banting sehinggalah poster-poster yang tertampal di sana sini. 

Read more...

Belia Cakna Masyarakat

E-mail Print PDF

Program Belia Cakna Masyarakat anjuran Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO dengan kerjasama Kelab Belia DUN Panchor telah diadakan pada 5-6 Rejab 1431 bersamaan 18-19 Jun 2010 bertempat di Masjid As-Siddiqin (Masjid Mukim Panchor), Pengkalan Chepa.

Read more...

Page 4 of 5