DUN Panchor

Friday, Sep 21st

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Program Kerajaan Negeri Kelantan

Program Kerajaan Negeri Kelantan

Lawatan Rasmi Ke Kemboja & Vietnam

E-mail Print PDF

120909_kemboja

KEMBOJA, 9 SEPTEMBER 2012: Pertengahan September lepas, YB Ustaz Dato' Nik Amar selaku Exco Pendidikan Kelantan bersama-sama dengan Pengetua-pengetua YIK telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Kemboja & Vietnam selama 4 hari bermula 9 September hingga 12 September 2012.

Lawatan sebegini sentiasa diadakan bagi memantau proses pendidikan dan peperiksaan sekolah agama di Kemboja yang menggunapakai silibus daripada Yayasan Islam Kelantan (YIK). Beberapa pegawai YIK telah ditugaskan untuk memantau proses ini.

Sepanjang lawatan juga, banyak pengalaman yang ditimba daripada kesusahan hidup di Kemboja, kekurangan dana bagi membina prasarana pendidikan dan banyak lagi yang dikongsikan sendiri oleh Mufti Kemboja. YB Ustaz Dato Nik Amar juga sempat menyerahkan cek sumbangan dari YIK sebanyak RM50,000 bagi membina bangunan asrama sekolah agama di Kemboja yang rata-rata didirikan dari tiang, dinding dan lantai dari buluh.

Sumbangan RM200 Pelajar Ke Timur Tengah

E-mail Print PDF

120827_harakah_sumbangan_timur_tengahMACHANG: PAS Kelantan melalui sumbangan Badan Amal Kesejahteraan Insan (Amal) membelanjakan sejumlah RM54,000 sebagai sumbangan kepada lebih 330 orang pelajar bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) ke Timur Tengah.

 

Sumbangan berkenaan disampaikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis meraikan pelajar Yik ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Dewan Ulama (Madu), di sini tengah hari tadi.

 

Turut menyampaikan sumbangan pengerusi Amal, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar) dan Pengarah YIK, Tengku Azmi Tengku Jaafar.

 

Seramai 330 orang pelajar bakal melanjutkan pengajian mereka dalam bidang perubatan, Pengajian Islam, kejuruteraan di Jordan, Mesir, Morocco dan Arab Saudi.

 

Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu mengingatkan pelajar berkenaan berhati-hati di bumi anbia kerana mereka akan sentiasa diuji.

 

Menurutnya, Timur Tengah tempat kelahiran para nabi, namun pada masa yang sama golongan taghut juga lahir di tempat yang sama.

 

“Guna ilmu yang kita pelajari sebaik mungkin, jangan kita pula mudah terpesong dengan ajaran yang tidak selari dengan kehendak Islam,” katanya.

 

Sementara itu Tengku Azmi, memberitahu, daripada 330 orang calon, seramai 59 akan melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran di Mesir, 186 pelajar pula ke Jordan untuk bidang pengajian Islam dan kedoktoran.

 

“Manakala 17 pelajar yang lulus Imtihan Qabul akan melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam di Mesir,” ujarnya.

Majlis Ramah Mesra Bersama PERAKAN Bintulu

E-mail Print PDF

120107_perakan_bintuluBINTULU, 07 JAN 2012: YB Ustaz Dato' Nik Amar selaku Exco Kerajaan Negeri Kelantan sedang menyampaikan ucapan amanat dalam majlis bersama PERAKAN (Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia) dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung penubuhan PERAKAN Cawangan Bintulu Sarawak jam 03.30 tadi di Hotel Li Hua.

Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan Mahkamah Syariah

E-mail Print PDF
111204_mahkamah_syariah

LUNDANG, 04 Disember 2011: YB Dato' Nik Amar meluangkan masa mendengar penerangan, berkomunikasi serta mendapat maklum balas tentang perkara berbangkit dan masalah yang timbul dari kakitangan Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan Darul Naim di Kompleks Balai Islam. Majlis bermula jam 2:30 petang.

Sumber Berita & Gambar: Roslan Md Noor

Rumah Sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan

E-mail Print PDF

111022_rumahKAMPUNG PANCHOR, 22 Oktober 2011: Persiapan menanti ketibaan dif-dif jemputan diadakan dalam suasana yang serba ringkas dan santai. Ketibaan YB Ustaz Dato' Nik Amar seorang diri tanpa iringan dengan hanya berjalan kaki mengejutkan para hadirin walaupun jarak dari kediaman beliau lebih kurang 200 meter namun cukup menampakkan kewibawaan beliau sebagai anak jati Kampung Panchor serta rendah diri.

Read more...

Page 3 of 5