DUN Panchor

Tuesday, Nov 20th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Program DUN / Aktiviti ADUN

Program DUN / Aktiviti ADUN

Tiong Hua, Sering

E-mail Print PDF

130208_tionghua

Program santai dan ramah mesra bersama masyarakat Tiong Hua di Kampung Sering, Panchor. Ustaz Roslan Md Noor selaku wakil peribadi dan pegawai khas kepada ADUN Panchor menyampaikan ucapan dan sumbangan limau sekitar jam 5:00 petang.

Kunjungan Jentera Temeloh

E-mail Print PDF

130108_temerloh

KOMPLEKS PURNAMA, 8 JANUARI 2013: Kebelakangan ini Parlimen Pengkalan Chepa menerima kunjungan dan lawatan dari beberapa Jentera Pilihanraya dari Pahang dan Terengganu untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat bagi menghadapi PRU 13. Mutakhir adalah kunjungan dari Jentera Pilihanraya PAS Temerloh. Amanat disampaikan oleh YB Ustaz Dato' Hj Mohd Amar selaku Yang Di Pertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa.

Ceramah Isu Semasa

E-mail Print PDF

121109_ceramahPANCHOR, 09 NOVEMBER 2012: Disebelah malam hari yang sama berlangsungnya Ihtifal PASTI Al-Arshadi, lautan manusia membanjiri tapak baru Pusat Khidmat ADUN Panchor yang bermula jam 9:30 malam. Penceramah malam tersebut dibarisi oleh YB Dato' Nik Amar, Datuk Tamrin Ghafar dan Hjh Mumtaz Nawi. Seperti biasa setiap kali mana-mana ceramah yang diadakan, para peniaga tidak ketinggalan mengambil peluang ini untuk mempromosi produk mereka serta menjual pelbagai jenis makanan ringan dan air. Sambutan yang begitu baik oleh warga Panchor. Alhamdulillah.

Korban Perdana DUN Panchor

E-mail Print PDF

121028_korban

PANCHOR, 28 OKTOBER 2012: Sebanyak 12 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini yang diadakan pada hari ketiga Aidil Adha. Program kali ini diadakan di tapak baru seluas 2 ekar yang akan dijadikan Kompleks DUN Panchor lengkap dengan pejabat ADUN, PASTI, Dewan Serbaguna, Masjid dan kawasan lapang untuk pelbagai aktiviti DUN Panchor dan masyarakat setempat. Daging korban diagihkan ke setiap pelusuk DUN Panchor melalui Penghulu masing-masing selain diagihkan kepada petugas di hari tersebut. Semoga program mendapat keberkatan.

Sumbangan Anak Yatim & Armalah

E-mail Print PDF

121005_anak_yatim

PANCHOR, 5 OKTOBER 2012: YB Ustaz Dato Nik Amar berucap dan menyempurnakan sumbangan kepada anak-anak yatim, armalah (ibu tunggal) serta mereka yang datang dari keluarga yang susah. Semoga majlis mendapat keberkatan.

Page 2 of 9