DUN Panchor

Tuesday, Nov 20th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Program DUN / Aktiviti ADUN

Program DUN / Aktiviti ADUN

Sumbangan Pelajar Ke IPT & Pelbagai

E-mail Print PDF

Majlis Penyampai Sumbangan Pelajar Ke IPT dan Sumbangan Pelbagai seperti bantuan mangsa ribut, bantuan kepada armalah dan bantuan berdikari disampaikan serentak pada satu majlis di perkarangan Pejabat ADUN Panchor 19 Mei 2011 yang lalu. Pendaftaran dan semakan senarai penerima bantuan bermula jam 10:00 pagi. Majlis disempurnakan oleh YB Ustaz Dato' Nik Amar dengan ucaptama yang menarik minat para penerima bantuan yang diketahui ramai sebagai seorang penceramah yang penuh dengan humor dan santai.

Antara isi ucapannya, beliau bersungguh-sungguh berpesan kepada anak-anak yang bakal memasuki IPT supaya sentiasa menitik beratkan ilmu pengetahuan dengan huraian bagaimana Rasulullah disuruh oleh Jibril supaya membaca (Iqra') mendahului perkara lain seperti ibadat dan solat. Kerana tanpa ilmu, seseorang itu tidak akan dapat melakukan ibadat dengan baik dan betul. Begitu juga dengan ilmu-ilmu pengetahuan yang lain seperti masakan, kejuruteraan dan sebagainya haruslah seimbang antara teori dan praktikal.

Read more...

Majlis Pelimau Silat Sekebun

E-mail Print PDF

Tanggal 22 Disember 2010 yang lepas, kita telah disaksikan dengan Perasmian Gelanggang Silat Sekebun di Kampung Landak / Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan dan pada kali ini buat pertama kali Majlis Pelimau Silat Sekebun dari gelanggang ini dapat disaksikan oleh penduduk setempat dan ibu bapa pesilat yang telah merestui perguruan anak-anak mereka beberapa bulan yang lalu.

Seramai 8 pesilat sulung dari gelanggang ini telah tamat peringkat awal persilatan dan masing-masing akan meneruskan perguruan ke peringkat yang selanjutnya. Turut sama dijemput pada majlis ini ialah YB Ustaz Dato' Hj Mohd Amar Bin Abdullah (EXCO Kelantan / ADUN Panchor) dan juga YB Mejar (B) Dato' Hj Md Anizam Abd Rahman (EXCO Kelantan / ADUN Kemahang). Turut bersama guru-guru, jurulatih dan pesilat dari Silat Sekebun.

Sumbangan Mangsa Kebakaran PGA

E-mail Print PDF

Wakil peribadi ADUN Panchor sedang menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM500 seorang kepada 16 orang mangsa kebakaran kuartes perumahan Polis PGA Padang Tembak pada 20/02/2011 jam 3.50 petang.

Sumber: Facebook Roslan Md Noor

Majlis Sumbangan Pelajar Cemerlang PMR, PMRU & STAM

E-mail Print PDF

Majlis Sumbangan Pelajar Cemerlang PMR, PMRU dan STAM 2010 peringkat DUN Panchor di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Panchor, Kampung Panchor, Sabtu 19 Februari 2011, jam 2:30 petang telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mohd Amar Bin Abdullah, Exco Kerajaan Negeri / ADUN Panchor. Majlis diadakan pada hari yang sama penyampaian Program Al-It'aam pada sebelah paginya di Masjid Cikgu Haji Daud.

Walaupun cuaca agak panas ketika majlis berlangsung, anak-anak pelajar dan ibu bapa sabar mendengar penerangan dan ucapan ringkas daripada YB Dato' yang turut menyatakan maaf beliau di atas suasana yang mungkin kurang selesa. Beliau seboleh-bolehnya ingin melihat setiap anak DUN Panchor paling tidak layak menerima 4 kali sumbangan pelajar cemerlang di atas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan akhir sekali kemasukan ke Universiti. Beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya tidak pernah memilih bulu dalam penyampaian sumbangan ini dan selagi mana ada tuntutan disertakan slip keputusan peperiksaan cemerlang, maka semuanya layak menerima sumbangan ini.

Beliau juga mengambil kesempatan ini memaklumkan beberapa program dan rancangan yang sedang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri seperti Gerbang Az-Ziwaaj iaitu sumbangan wang tunai RM1000 sebagai insentif perkahwinan kepada yang berpendapatan rendah yang berhajat ingin berumahtangga yang sah di sisi agama. Beliau berharap dengan terlaksana program seperti ini, maka masalah sosial di kalangan remaja dan muda-mudi seperti zina dan pembuangan anak dapat dibendung. Juga yang sedang dalam pelaksanaan adalah cuti bersalin selama 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.

Perasmian Gelanggang Silat Sekebun

E-mail Print PDF

PENGKALAN CHEPA, (Panchor), 23 Dis - Kesepakatan dan perpaduan dalam sesebuah kampung boleh menjamin keselamatan kampung itu sendiri dan melalui penglibatan belia dalam aktiviti sihat boleh mengelak mereka dari terlibat dengan gejala kurang sihat, demikian dinyatakan oleh ADUN Panchor, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata pelbagai warisan seni silat yang ditinggalkan oleh nenek moyang dahulu boleh dijadikan sebagai satu langkah untuk mempersiapkan diri dalam mempertahankan diri terutamanya dalam kecemasan.

Menurut beliau lagi, kerajaan sentiasa memberi galakan kepada mana-mana pihak untuk memperkembangkan ilmu silat terutamanya bagi golongan remaja.

“Saya berharap kita semua dapat menjaga warisan melayu ini seperti mana orang siam menjaga muay thai dan sentiasa memperkembangkan kepada generasi baru” ujar beliau ketika merasmikan gelanggang Seni Silat Sekebun Bunga di kampung Landak baru-baru ini.

Read more...

Page 7 of 9