DUN Panchor

Monday, Oct 22nd

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Program DUN / Aktiviti ADUN

Program DUN / Aktiviti ADUN

Sumbangan Fakir Miskin

E-mail Print PDF

110827_sumbangan_orang_miskin

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada fakir miskin warga Dewan Undangan Negeri Panchor pada 27 Ogos 2011 jam 2:50 petang bertempat di Perkarangan Pejabat ADUN Panchor. Turut mengiringi YB Ustaz Dato' Nik Amar ialah Ustaz Zahiruddin Bin Ahmad @ Mohd Zain selaku Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) Panchor.

Sumber Gambar: Roslan Md Noor

Sumbangan IPT & Pelbagai

E-mail Print PDF

110825_sumbangan_ipta

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPTS / IPTA disampaikan dan disempurnakan oleh YB Ustaz Dato' Nik Amar. Turut diiringi oleh Penggawa Kemumin YBrs En Yasin Bin Hj Othman. Sumbangan lain turut disampai seperti penyampaian Cek Az-Ziwaaj dan penghargaan Guru PASTI. Majlis bermula jam 10:00 pagi dan dihadiri sama oleh ibu bapa pelajar.

Sumber Gambar: Roslan Md Noor

Sumbangan PAS Cawangan Panchor

E-mail Print PDF

110825_sumbangan_orang_miskin

Majlis Penyampaian Sumbangan Khas kepada fakir miskin peringkat PAS Cawangan Panchor disampaikan oleh wakil peribadi kepada YB iaitu Ustaz Roslan Md Noor, diiringi oleh Ketua PAS Cawangan Panchor iaitu Ustaz Tuan Mohktar Raja Salleh, serta Setiausaha PAS Cawangan Panchor iaitu Ustaz Haji Najmuddin Bin Abdullah. Sewaktu majlis berlangsung, YB Ustaz Dato Nik Amar sedang menunaikan ibadah umrah di Mekah bersama-sama YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sumber Gambar: Roslan Md Noor

Sumbangan Anak Yatim & Armalah

E-mail Print PDF

110814_sumbangan_anak_yatim_armalah

Majlis Sumbangan Anak Yatim & Armalah yang disempurnakan oleh YB Ustaz Dato' Nik Amar selaku ADUN Panchor. Sumbangan disampaikan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dimulai dengan pendaftaran dengan JKM sekitar jam 10:00 pagi, ucapan dan amanat serta kata-kata perangsang daripada YB Dato'. Majlis seperti biasa diadakan di Perkarangan Pejabat ADUN Panchor.

Sumber Gambar: Roslan Md Noor

Sumbangan Pelbagai & Majlis Kesyukuran PASTI

E-mail Print PDF

Program empat dalam satu iaitu Majlis Penyampain Beras Skim Al-It'aam, Majlis Penyampaian Gerbang Az-Ziwaaj, Penyampaian Sumbangan Kifalah, serta Majlis Kenduri Kesyukuran PASTI sempena kejayaan PASTI Al-Arshadi Panchor dianugerahi Guru PASTI Terbaik Peringkat Kebangsaan setelah melalui beberapa siri pencalonan di peringkat negeri dan kebangsaan. Keempat-empat program ini diadakan serentak dan tempat yang sama di perkarangan Pejabat ADUN Panchor. Program dimulakan dengan ceramah motivasi oleh penyampai ceramah motivasi buruan masa kini di Kelantan iaitu Ustaz Zainuddin Che Ismail dari Yayasan Islam Kelantan (YIK). Seterusnya sepatah dua kata dari Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia, Bahagian Projek Khas iaitu Ustaz Mohd Hafiz Bin Musa. Majlis disempurnakan dengan ucapan tazkirah dari YB Ustaz Dato' Nik Amar sempena kedatangan Ramadhan Kareem dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan serta jamuan bagi hadirin yang hadir. Dikesempatan ini juga pihak ADUN dan Majlis Tindakan DUN mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan majlis ini seawal selepas subuh dengan persiapan penyembelihan seekor lembu, memasak sehingga kepada hidangan dan susun atur majlis.

Page 6 of 9