DUN Panchor

Tuesday, Nov 20th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Program DUN / Aktiviti ADUN

Program DUN / Aktiviti ADUN

Bola Sepak 7 Sebelah

E-mail Print PDF

111021_bolaMajlis penyampaian hadiah dan sumbangan kepada pemenang sempena Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah anjuran PAS Cawangan Kampung Petani bersama Majlis Tindakan DUN Panchor telah disempurnakan oleh YB Ustaz Dato' Nik Amar, ADUN Panchor pada 21 Oktober 2011, 6:00 petang di padang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sering. Sebanyak 9 pasukan berjaya dibentuk dari cawangan Kampung Petani, Tok Mekong, Pengkalan Datu, Padang Kiat, Pasir Kasar dan Pulau Belanga. Tahniah diucapkan kepada pengarah dan penganjur program.

Sumber Gambar: Roslan Md Noor

Program Ziarah & Sumbangan PURNAMA

E-mail Print PDF

111021_purnamaSeawal jam 9:00 pagi, program ziarah ke kediaman mereka yang kurang bernasib baik dan uzur yang pada awalnya merupakan program ziarah Muslimat PAS Panchor disertai bersama rombongan dari PURNAMA (Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan).

Program diketuai oleh Ustazah Datin Hajjah Hasmani Binti Husain isteri kepada YB Ustaz Dato Nik Mohd Amar (ADUN Panchor), turut disertai oleh YB Rohani Ibrahim (ADUN Tanjung Mas), Datin Zubaidah Abdul Hamid isteri kepada Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan dan isteri-isteri kepada wakil rakyat yang lain, isteri-isteri Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan, muslimat PAS cawangan dan kawasan, AJK MTD, Penghulu serta beberapa individu lain yang turut serta.

Read more...

Majlis Idulfitri Muslimat Panchor

E-mail Print PDF

110930_idulfitri_muslimat

Majlis Sambutan Idul Fitri Muslimat DUN Panchor telah diadakan dengan meriahnya pada 30/092011 di Surau Mustaqim, Padang Tembak. Turut hadir sama ialah Datin Hajjah Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak (Isteri kepada Menteri Besar Kelantan) dan juga YB Ustaz Dato' Nik Amar.

Sumber Gambar: Roslan Md Noor

Penyampaian Skim Al-It'aam

E-mail Print PDF

110929_sumbangan_al_itaam

Majlis Penyampaian Skim Al-It'aam telah diadakan di Masjid Cikgu Haji Daud bermula jam 10:00 pagi pada 29/09/2011. Majlis diselangi dengan tazkirah dari Ustaz Ja kepada 300 penerima.

Sumber Gambar: Roslan Md Noor

Majlis Keraian Bakal Haji

E-mail Print PDF

110922_sumbangan_haji

Majlis Keraian 33 Bakal Jemaah Haji terdiri dari 15 muslimin dan 18 muslimat telah diadakan di Masjid Al-Amani, Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor. Turut disampaikan sumbangan cenderahati kepada bakal-bakal haji, penyampaian cek Wasi Kifalah kepada 28 penerima, penyampaian cek Az-Ziwaj kepada 17 penerima dan bayaran manfaat Takaful Ladang Rakyat sebanyak RM 7000.00 di peringkat DUN Panchor pada 22/09/2011 jam 11.30 pagi. Majlis disempurnakan oleh YB Ustaz Dato' Nik Amar.

Sumber Gambar: Roslan Md Noor

Page 5 of 9