DUN Panchor

Tuesday, Nov 20th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Program DUN / Aktiviti ADUN

Program DUN / Aktiviti ADUN

Sumbangan Al-It'aam Oktober

E-mail Print PDF

121004_al_itaam_oktober

MASJID CIKGU HAJI DAUD, 4 OKTOBER 2012: YBrs Ustaz Roslan Md Noor selaku Pegawai Khas Kepada Dato' Nik Amar mewakili beliau dalam menyampaikan sumbangan bulanan berupa beras dalam Program Al-It'aam DUN Panchor bagi Oktober. Selain sumbangan beras, beberapa sumbangan lain seperti sumbangan kerusi roda dan sumbagan kepada bakal haji turut disempurnakan. Terima kasih kepada semua AJK MTD yang turut sama menjayakan majlis pada pagi ini.

Sumbangan Al-It'aam Ogos

E-mail Print PDF

120830_al_itaam_ogos

MASJID CIKGU HJ DAUD, 30 OGOS 2012: Sumbangan berbentuk 10kg beras setiap bulan ini adalah merupakan sumbangan bulanan yang kadang-kala tidak kami paparkan di web ini. Senarai penerima adalah dari keluarga yang susah. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu lagi memikirkan tentang beras setiap bulan yang menjadi makanan asasi kita.

Setiap kali sebelum penyampaian, akan sentiasa ada ceramah motivasi dan agama bagi memberikan semangat dan motivasi cara meningkatkan taraf hidup serta mendekatkan dan meninggikan darjat kita di sisi Allah. Pada kali ini, YB Ustaz Dato' Nik Amar sendiri meluangkan masa memberikan kata-kata semangat yang cukup menyentuh perasaan. Semoga sumbangan bulanan yang diterima hasil idea dari YAB Tuan Guru Nik Aziz satu ketika dulu ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka.

Sumbangan Pelajar Ke IPT 2012

E-mail Print PDF

120828_sumbangan_ipt

PEJABAT ADUN PANCHOR, 28 OGOS 2012: Seperti biasa, menjadi satu acara dan program berpanjangan DUN Panchor yang berterusan sepanjang tahun, Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Ke IPT 2012 & Penerima Pelbagai. Selain acara utama sumbangan kepada pelajar yang berjaya memasuki ke IPT, majlis turut digabungkan dengan penerima sumbangan seperti wang pendahuluan kematian Tabung Kifalah, Cek Az-Ziwaaj bagi pengantin baru dan peralatan IKS DUN Panchor.


Majlis di pagi Selasa yang bermula jam 10:00 pagi ini disempurnakan oleh YB Ustaz Dato' Nik Amar selaku ADUN Panchor. Tahniah dan terima kasih kepada penerima sumbangan. 

Perasmian Pasar Kota Jembal

E-mail Print PDF

120523_perasmian_pasar_kota_jembalKOTA JEMBAL, 23 MEI 2012: Majlis Perasmian Pasar Kota Jembal telah disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan pada tengahari ini.

Turut sama hadir YB Ustaz Dato' Nik Amar, YB Dato' Abdul Fattah Mahmood, Tuan Haji Fauzi Bin Mat (YDP MPKB), Ahli-ahli Majlis MPKB, MTD Panchor, Ahli-ahli Persatuan Kerabat Di Raja Jembal, serta penduduk sekitar Kota Jembal.

Sejarah panjang lebar tentang Kota Jembal diulas oleh semua yang memberikan ucapan termasuk pengerusi majlis. Majlis bermula dengan ketibaan YAB Tuan Guru dengan kereta kuda diiringi hulubalang berkuda serta persembahan silat tari. Majlis yang tidak memakan masa yang panjang diringkaskan dengan upacara menandatangani plak perasmian serta doa selamat oleh YAB Tuan Guru.



MTD Panchor yang bertugas sebagai tuan rumah dalam menyediakan jamuan tengahari telah bersiap sedia seawal jam 3 pagi bersama penduduk kampung dimulai dengan penyembelihan lembu sehingga siap 12 kawah masakan. Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis ini dan terima kasih kepada yang memberikan sokongan terutamanya penduduk Kota Jembal yang memenuhi ruang Pasar Kota Jembal ini.



Sumber gambar: zamani@KelantanTV
Sumber video: MTD Panchor

Sumbangan PMR & IKS

E-mail Print PDF

120105_pmr_iksTAMAN ORKID TENGKU ANIS, 05 JAN 2011: YB Ustaz Dato' Nik Amar (ADUN Panchor) sedang menyampaikan ucapan dalam Majlis Penyampaian Sumbangan PMR 2011 & Penyampaian Barangan IKS peringkat DUN Panchor pada Khamis yang lalu di Taman Orkid Tengku Anis, Jalan Padang Tembak, Panchor, Pengkalan Chepa.

Page 3 of 9