PANCHOR, 16 MAC 2013: Sejak terbangunnya Pejabat ADUN Panchor / MTD Panchor yang baru ni tanah seluas 2 ekar ini, bermacam program mega telah dijalankan. Dengan kemudahan tempat letak kereta dan padang yang luas, namun dengan sambutan yang begitu ramai penduduk setempat, tiada ruang kosong yang ditinggalkan.
Program yang bermula jam 8:30 pagi dengan persembahan silat dan sukaneka yang berterusan turut diselangi dengan cabutan bertuah. Gerai jualan dan pameran agensi kerajaan turut disediakan. Antara yang turut sama adalah Jabatan Bomba & Penyelamat, Air Kelantan, Jabatan Kesihatan, Perubatan Islam Darus-Syifa, SPR dan sebagainya.
Program berhenti rehat jam 2:00 petang dengan jamuan gulai kawah.
Pada sebelah malamnya, sekali lagi rakyat jelata berkumpul bagi Ceramah Isu Semasa dengan panel penceramah jemputan iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin, Ustaz Hamid Derani dan Dato' Nik Amar sendiri. Semoga program yang diadakan mendapat keberkatan. In-sha-Allah.