DUN Panchor

Sunday, Jun 25th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Berita Setempat Ihtifal PASTI Al-Arshadi

Ihtifal PASTI Al-Arshadi

E-mail Print PDF

121109_ihtifal_pastPANCHOR, 09 NOVEMBER 2012: Majlis Ihtifal bagi PASTI Al-Arshadi yang berlangsung dengan gemilang dan meriahnya di tapak baru, Pusat Khidmat ADUN Panchor yang bermula jam 10:30 pagi. Majlis dirasmilkan oleh YB Dato Nik Amar sendiri. Nama Al-Arshadi adalah sempena nama Tok Ayah Kedah iaitu Hj Arshad yang juga merupakan nenda (datuk) kepada YB kita.

Di tapak baru Pusat Khidmat ADUN Panchor ini juga, akan dibina bangunan 3 tingkat PASTI Al-Arshadi yang baru yang menelan belanja sekitar RM500,000. Justeru pelajar-pelajar sedia ada yang kini berjumlah 200 orang akan memperolehi lebih keselasaan di samping mempunyai padang dan persekitaran riadah yang lebih selamat berbanding tempat sedia ada yang begitu hampir dengan jalan besar.

Orang ramai yang berminat untuk menyumbang kepada pembinaan PASTI baru ini bolehlah menghubungi Pusat Khidmat ADUN Panchor.