DUN Panchor

Tuesday, Dec 12th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Program Kerajaan Negeri Kelantan Rumah Sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan

Rumah Sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan

E-mail Print PDF

111022_rumahKAMPUNG PANCHOR, 22 Oktober 2011: Persiapan menanti ketibaan dif-dif jemputan diadakan dalam suasana yang serba ringkas dan santai. Ketibaan YB Ustaz Dato' Nik Amar seorang diri tanpa iringan dengan hanya berjalan kaki mengejutkan para hadirin walaupun jarak dari kediaman beliau lebih kurang 200 meter namun cukup menampakkan kewibawaan beliau sebagai anak jati Kampung Panchor serta rendah diri.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Eksekutif PKINK Tuan Haji Mohd Sabri Abdullah, Ahli Majlis MPKB, Pegawai Kerajaan Negeri, Lantikan Politik, AJK MTD, serta penduduk sekitar. Rumah ini dibina atas inisiatif dan kerjasama penduduk kampung, disokong dengan dana dari Kerajaan Negeri Kelantan melalui PKINK, serta sumbangan peribadi dari masyarakat prihatin. Apa yang menarik juga, kos pembinaannya hanya sekitar RM9,000 berkonsepkan chalet dengan sebuah bilik air bagi menggantikan bilik yang didiami saudara Li sebelum ini yang telah runtuh sebahagiannya manakala bahagian lainnya menanti masa untuk roboh lantai dan atap.

Kerja-kerja pembinaan dimulakan selepas Aidilfitri yang lalu dan memakan masa selama sebulan untuk siap sepenuhnya. Terima kasih kepada saudara Mohd Zaki dan pekerjanya yang menyumbang tenaga untuk menyiapkan rumah ini.

Saudara Li yang menerima sumbangan ini kini lebih bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja pembaikan alatan elektronik TV dan radio di kediaman barunya yang terbantut sebelum ini kerana tidak dapat bergerak akibat uzur dan lantai rumahnya yang begitu usang. Kepada yang ingin menyumbang dalam bentuk karier bolehlah menghantar alatan elektronik khususnya TV dan radio kepada beliau. Koordinat kediaman (+6° 8' 10.73", +102° 18' 20.48").