DUN Panchor

Tuesday, Dec 12th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Program DUN / Aktiviti ADUN Sumbangan Pelajar Ke IPT & Pelbagai

Sumbangan Pelajar Ke IPT & Pelbagai

E-mail Print PDF

Majlis Penyampai Sumbangan Pelajar Ke IPT dan Sumbangan Pelbagai seperti bantuan mangsa ribut, bantuan kepada armalah dan bantuan berdikari disampaikan serentak pada satu majlis di perkarangan Pejabat ADUN Panchor 19 Mei 2011 yang lalu. Pendaftaran dan semakan senarai penerima bantuan bermula jam 10:00 pagi. Majlis disempurnakan oleh YB Ustaz Dato' Nik Amar dengan ucaptama yang menarik minat para penerima bantuan yang diketahui ramai sebagai seorang penceramah yang penuh dengan humor dan santai.

Antara isi ucapannya, beliau bersungguh-sungguh berpesan kepada anak-anak yang bakal memasuki IPT supaya sentiasa menitik beratkan ilmu pengetahuan dengan huraian bagaimana Rasulullah disuruh oleh Jibril supaya membaca (Iqra') mendahului perkara lain seperti ibadat dan solat. Kerana tanpa ilmu, seseorang itu tidak akan dapat melakukan ibadat dengan baik dan betul. Begitu juga dengan ilmu-ilmu pengetahuan yang lain seperti masakan, kejuruteraan dan sebagainya haruslah seimbang antara teori dan praktikal.

Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan sebanyak RM35,000 bagi setiap DUN untuk tujuan sumbangan dan saguhati kepada pelajar-pelajar Kelantan yang cemerlang dalam peperiksaan samada yang belajar di Kelantan mahupun di luar Kelantan. Kerajaan Negeri Kelantan juga membelanjakan hampir satu perempat (1/4) daripada belanjawan tahunan hanya untuk gaji para pendidik di bawah Yayasan Islam Kelantan. Ini juga antara bukti besarnya komitmen Kerajaan dan Menteri Besar dalam mengutamakan ilmu pengetahun dan institusi pendidikan itu sendiri. Beliau yang terpaksa menamatkan ucapannya lebih awal kerana terpaksa bergegas ke program lain pada 11:30 pagi.

Majlis seterusnya diteruskan dengan penyampaian sumbangan oleh Pegawai Khas Ustaz Roslan Md Noor juga selaku wakil peribadi beliau, Mohd Yusoff Ludin @ Tok Imam Soh, Penggawa Mukim Kemumin Encik Yasin Hj Othman dan Ustaz Mohd Zahiruddin Ahmad @ Mohd Zain.