DUN Panchor

Saturday, Nov 23rd

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Program Kerajaan Negeri Kelantan Majlis Penyampaian Program Al-It'aam

Majlis Penyampaian Program Al-It'aam

E-mail Print PDF

Majlis Penyampaian Program Al-It'aam peringkat DUN Panchor di Masjid Cikgu Haji Daud, Kampung Panchor, Sabtu 19 Februari 2011, jam 10 pagi telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mohd Amar Bin Abdullah, Exco Kerajaan Negeri / ADUN Panchor. Sekali lagi majlis diadakan di dalam masjid dengan penuh keberkatan dan sama-sama mendapat pahala dari niat iktikaf. Majlis bermula agak lewat sekitar jam 11 pagi berikutan program yang dihadiri oleh YB Dato' sebelum itu dan juga sempat menziarahi mangsa kebakaran 4 blok kuarters PGA di Pengkalan Chepa.

Kerajaan Kelantan telah memperuntukkan sejumlah RM1.5juta bagi skim ini dan seramai 100 keluarga dari setiap DUN akan menerima sumbangan beras 10 kilogram setiap bulan dan ia ditumpukan kepada keluarga termiskin. Semasa sesi tazkirah oleh YB Dato' beliau beberapa kali berpesan agar sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup dan hubungan kita sesama manusia atau sekurang-kurangnya menjaga hubungan erat kita dengan Allah SWT. Beliau juga berharap, sumbangan berupa 10kg beras setiap bulan bagi setiap keluarga ini dapat meringankan beban keluarga yang menerimanya. Majlis  turut diserta oleh Penggawa dan Dif Kehormat serta diakhiri dengan jamuan.

Gambar: Majlis Penyampaian Program Al-It'aam