DUN Panchor

Sunday, Jun 25th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Program DUN / Aktiviti ADUN Perasmian Gelanggang Silat Sekebun

Perasmian Gelanggang Silat Sekebun

E-mail Print PDF

PENGKALAN CHEPA, (Panchor), 23 Dis - Kesepakatan dan perpaduan dalam sesebuah kampung boleh menjamin keselamatan kampung itu sendiri dan melalui penglibatan belia dalam aktiviti sihat boleh mengelak mereka dari terlibat dengan gejala kurang sihat, demikian dinyatakan oleh ADUN Panchor, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata pelbagai warisan seni silat yang ditinggalkan oleh nenek moyang dahulu boleh dijadikan sebagai satu langkah untuk mempersiapkan diri dalam mempertahankan diri terutamanya dalam kecemasan.

Menurut beliau lagi, kerajaan sentiasa memberi galakan kepada mana-mana pihak untuk memperkembangkan ilmu silat terutamanya bagi golongan remaja.

“Saya berharap kita semua dapat menjaga warisan melayu ini seperti mana orang siam menjaga muay thai dan sentiasa memperkembangkan kepada generasi baru” ujar beliau ketika merasmikan gelanggang Seni Silat Sekebun Bunga di kampung Landak baru-baru ini.

Di majlis yang sama beliau telah menyumbang RM2000 bagi pembinaan gelanggang yang lebih selesa untuk kemudahan latihan. Sehingga kini 30 remaja telah mendapat latihan di gelanggang tersebut yang mendapat bimbingan dari Hidayat Mohd Hassan (guru silat sekebun bunga).

Turut hadir bagi menyerikan majlis perasmian ialah Exco negeri Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abdul Rahman dan Pegawai Khas Exco Roslan Mohd Nor.

Sementara itu Md Anizam ketika ditemui berkata penglibatan remaja dalam gejala sosial kini semakin serius dan ia perlu dicari satu pendekatan untuk membawa remaja ke arah yang lebih baik.

Sehubungan dengan itu langkah mewujudkan Gelanggang silat amat digalakkan bagi memberi ilmu silat yang boleh dijadikan sebagai satu langkah membela diri dari pelbagai pihak yang mengambil kesempatan seperti peragut, perogol dan pencuri.

“Kita tengok sekarang ini, ramai anak perempuan yang menjadi mangsa dan sekiranya mereka ini mempunyai ilmu mempertahankan diri, Insyaallah perkara yang buruk dapat diatasi dan ilmu silat adalah satu perkara yang amat wajar untuk remaja masa kini” katanya lagi.

Berita & Gambar: GegarKelantan.Net / Ahmad Hasanain