DUN Panchor

Tuesday, Dec 12th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Berita Setempat Tengku Mahkota Kelantan

Tengku Mahkota Kelantan

E-mail Print PDF

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, berkenan mengurniakan gelaran dan melantik adinda baginda, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 36, sebagai Tengku Mahkota Kelantan, berkuat kuasa semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata pengurniaan gelaran Tengku Mahkota kepada Tengku Muhammad Faiz Petra itu berlangsung di Dewan Besar Istana Negeri, di sini.



“Majlis Perajaan Negeri bersetuju mengangkat sembah nasihat ke hadapan Sultan Muhammad Ke-V supaya baginda mengampuni perkenan memilih dan melantik Tengku Muhammad Faiz Petra menjadi waris (bakal raja) mulai hari ini.

“Majlis Perajaan Negeri juga mengangkat sembah nasihat ke hadapan Sultan Muhammad Faris Petra supaya mengampuni perkenan mengurniakan kepada waris, Tengku Muhammad Faiz Petra, gelaran Tengku Mahkota Kelantan berkuat kuasa hari ini,” katanya pada sidang media di Istana Negeri, semalam.

Tengku Muhammad Faiz Petra diputerakan pada 20 Januari 1974 di Kota Bharu ialah anakanda kedua Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Kekanda Muhammad Faiz Petra ialah Tuanku Muhammad Faris Petra yang kini Sultan Kelantan Ke-29 dan dua adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Mengulas lanjut, Mohd Aiseri berkata, sebelum keputusan dibuat semalam, 15 ahli MPN bersidang pada jam 9 pagi di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi memenuhi kehendak Perkara 14 dan Perkara 27 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Kedua).

Sumber Berita & Gambar: Berita Harian Online