DUN Panchor

Saturday, Oct 21st

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Program Kerajaan Negeri Kelantan Ramadhan Bulan Tarbiah Diri

Ramadhan Bulan Tarbiah Diri

E-mail Print PDF

KOTA BHARU, 9 Ogos - Kerajaan negeri Kelantan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan(JHAEIK) sekali lagi melancarkan sambutan Ihya Ramadhan bertempat di Balai Islam semalam bagi menzahirkan sokongan kepada pelbagai program yang dirancang di seluruh negeri bagi menghidupkan bulan Ramadhan. Perasmian majlis Sambutan Ihya Ramadhan peringkat negeri telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mewakili Menteri Besar Kelantan, turut hadir Pengarah JHAEIK Datuk Mohd Azamli Jamaluddin.

 

Mohd Amar ketika berucap melahirkan rasa gembira kerana tahun ini sambutan Ihya Ramadhan telah memasuki tahun ke 18 dan ini menggambarkan keperihatinan kerajaan dalam usaha menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan beribadat kepada rakyat negeri ini. Program ini juga adalah sebahagian daripada program pembangunan rohani kerajaan negeri sejak sekian lama. Sambutan ini juga bagi menggalakkan rakyat negeri ini agar dapat meningkatkan mutu ibadah dan penghayatan Islam sepanjang masa.

Beliau juga berharap umat Islam dapat menjadikan bulan Ramadhan sebagai satu bulan yang menjadi institut pentarbiahan diri dalam pelbagai aspek meliputi jasmani dan rohani. “ Al-Quran telah menjelaskan bahawa kefardhuan ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah bertujuan untuk mendapatkan ketakwaan kepada Allah SWT” ujar beliau. Mohd Amar juga berkata dalam menelusuri perjalanan ibadah di sepanjang Ramadhan, suatu perkara yang harus diberi perhatian ialah penghayatan ibadah puasa sebagai konsep pengabdian yang menyeluruh kepada Allah. Dengan menggunakan tema “Puasa Membina Keunggulan Rohani dan Jasmani” pada tahun ini, ia amat bertepatan dengan amalan harian umat Islam kerana di bulan Ramadhan, selain daripada menjadi amalan yang mendapat ganjaran pahala dari Allah, ia juga boleh menjadikan sebagai satu tabiat yang baik dalam aspek kesihatan fizikal.

“Kalau di bulan lain, kita sering berhadapan dengan pelbagai makanan dan ia boleh mendedahkan diri seseorang kepada pelbagai penyakit dan bi bulan Ramadhan ini , Insyaallah bagi mereka yang suka kepada pelbagai makanan, ia dapat dikurangkan”katanya lagi. Di majlis yang sama penyampaian buku Tadarus Al-Quran yang mengandungi ayat 63 hingga 77 dari Surah Al-Furqan diedarkan kepada semua pegawai Halaqat negeri yang akan digunakan sebagai program bertadarus di seluruh jajahan.

Sumber Gambar & Berita: Gegar Kelantan