DUN Panchor

Saturday, Oct 21st

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Program Kerajaan Negeri Kelantan Kesedaran Penggunaan Produk Halal Masih Rendah

Kesedaran Penggunaan Produk Halal Masih Rendah

E-mail Print PDF

KOTA BHARU, 24 Jamadil Akhir 1431 - Kesedaran umat Islam terhadap produk halal masih rendah jika dibandingkan dengan masyarakat barat terhadap sesuatu produk berdasarkan kualiti dan ketetapan pengeluaran. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Pendidikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian di sidang media selepas merasmikan Seminar Halalan Toyyiban Kelantan 2010 yang diadakan di Dewan Konvesyen Kelantan Trade Centre hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Datuk Hajjah Ilani Ishak dan Pengarah JHAEIK Datuk Mohd Azamli Jamaluddin.

Mohd Amar berkata secara umumnya masyarakat Islam di negara kita masih lagi kurang memberi kepercayaan kepada produk yang dikeluarkan oleh orang Muslim, malah walaupun produk tersebut sudah ada pilihan.

"Kita tidak boleh menghalang mereka dari menggunakan produk tersebut, tetapi kempen kesedaran boleh dilaksanakan melalui badan bukan kerajaan ataupun persatuan pengguna Islam" ujar beliau lagi.

Kempen kesedaran boleh dibuat dengan meliputi tiga aspek iaitu Komersil, Teknikal dan juga Sainstifik

Menyentuh logo "Halal" yang digunakan oleh pelbagai pihak untuk menarik pengguna agar memilih produk mereka, Mohd Amar berkata itu satu persoalan yang seharusnya diambil berat oleh semua pihak dan kebenaran menggunakan logo tersebut tidak seharusnya disalahgunakan oleh pengeluar produk.

Menurut Mohd Amar lagi, kerajaan Kelantan telah mengambil beberapa langkah dalam usaha membantu usahawan tempatan bagi mengeluarkan produk halal seperti melalui PKINK dengan mewujudkan Zon Ekonomi Hub Halal di kawasan Industri Pengkalan Chepa.

"Kita harap rakyat negeri ini dapat menjadikan produk usahawan IKS tempatan sebagai bahan altenatif dalam penggunaan harian."

"Sepatutnya di Kelantan tidak timbul lagi isu produk halal kerana selari dengan gelaran Serambi Mekah, sudah semestinya pelbagai produk yang dikeluarkan semestinya halal"kata beliau.

Seminar sehari tersebut menyentuh pelbagai perkara iaitu Pensijilan Halal – Isu-isu terkini yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM, Bisnes Halal Satu Jihad oleh Naib Presiden Kanan Pembangunan Intrapreneur Johor Corporation, Aplikasi Gelatin Halal dalam Kehidupan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Halagel(M)Sdn Bhd Muhammad Azhar Abdullah dan Farmasautikal Halal, Satu Realiti oleh Pengurus Besar Sokongan Perniagaan Chemical Company Of Malaysia Roziatul Akmam Osman.

Seminar yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan(JHAEIK) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia tersebut dihadiri lebih 800 peserta terdiri dari usahawan, pengusahan industri makanan halal, kakitangan kerajaan, ahli akademik dan NGO .

Sumber Berita & Gambar: Buletin UPKN Online