DUN Panchor

Saturday, Oct 21st

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Blog Berita Program DUN / Aktiviti ADUN Pelajar Cemerlang Bermula Dari Institusi Keluarga

Pelajar Cemerlang Bermula Dari Institusi Keluarga

E-mail Print PDF

PENGKALAN CHEPA, 17 Muharam 1431 - Kejayaan anak-anak dalam pelajaran adalah berkait rapat dengan sesebuah institusi kekeluargaan,hubungan yang rapat antara anak dan ibu bapa boleh merangsangkan hubungan kemesraan dan saling faham memahami serta dapat membantu pembelajaran yang baik untuk mereka. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Pendidikan dan Dakwah yang juga Adun Panchor Dato Mohd Amar Nik Abdullah di majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang UPSR,penyerahan Cek Kifalah dan OKU peringkat DUN Panchor di perkarangan Pejabat ADUN Panchor.

Mohd Amar berkata cabaran yang semakin banyak dalam menjaga institusi keluarga amat memerlukan kerjasama yang padu antara satu sama lain termasuklah sikap anak-anak sendiri.

"Saya mengambil kesempatan ini merakamkan tahniah kepada anak-anak yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) tahun 2009 ini dan diharapkan yang berjaya hari ini akan terus berjaya dan dapat pula bersama dalam majlis penghargaan bagi PMR,SPM dan STPM atau STAM seterusnya ke Menara Gading"ujar beliau.

Beliau juga berkata kejayaan anak-anak dalam peperiksaan UPSR ini adalah hanya permulaan sahaja dan ia perlu diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi dan kejayaan yang sebenar ialah anak –anak yang dapat menjaga maruah keluarga dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

"Kita lihat berapa ramai anak-anak kita yang terlibat dengan gejala sosial dan ini adalah bermula dengan longgarnya institusi keluarga yang mana ibu-bapa kurang mengambil berat permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak dan saya sendiri pernah bertemu dengan anak-anak yang kurang pendidikan agama sehinggakan tidak pernah mendirikan solat"katanya lagi.

Di majlis tersebut seramai 84 pelajar yang mendapat 5A diberi sumbangan RM100 setiap orang,sementara itu 7 pengidap penyakit kronik dan 8 penerima skim Kifalah turut menerima sumbangan dari Adun Panchor tersebut.

Sementara itu penerima kaki palsu Puan Eshah Yaakob,63 dari Kampung Kemumin yang mengidap penyakit kencing manis dan terpaksa dipotong kaki ke paras lutut sebelah kanan mengucap syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada wakil rakyat yang telah bersusah payah mendapatkan kaki palsu untuk kegunaan beliau.

"Makcik ucapkan berbanyak terima kasih kepada Wakil Rakyat yang perihatin dengan masalah yang makcik hadapi ini dan kalau nak harapkan membeli sendiri,mungkin tak termampu dan dengan adanya kaki palsu ini,makcik bolehlah ke surau untuk bersolat jemaah dan mendengar kuliah agama dengan tanpa bantuan anak-anak"ujarnya lagi.

Sumber Berita & Gambar: Buletin UPKN Online