DUN Panchor

Wednesday, Jun 19th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Home

Pesta Lumba Kuda Terbuka

E-mail Print PDF

PADANG SEBELAH PUSPAKOM, 25 Disember 2011: Pesta Lumba Kuda Terbuka merupakan program yang julung kali diadakan dalam kalendar aktiviti DUN Panchor. Acara yang dipertandingkan dari pelbagai kategori / kelas kuda ini mendapat sambutan hangat penduduk setempat yang memang selama ini sentiasa mengadakan acara lumba secara tidak rasmi setiap petang di padang tersebut.

Dengan kerjasama jawantankuasa serta persatuan dan peminat-peminat lumba kuda yang ada terutama dari segi teknikal, maka pertandingan ini dapat dijalankan dengan begitu lancar sekali.

Hadiah yang disediakan berupa wang tunai, hamper, saguhati serta t-shirt bagi joki yang bertanding. Hadiah disampaikan oleh YB Dato' ADUN Panchor di sebelah petangnya.

Program Khatam Al-Quran

E-mail Print PDF

PUTIK, 25 Disember 2011: YB Ustaz Dato' Nik Amar Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan Dan Dakwah Negeri Kelantan merangkap YDP PAS Kawasan Pengkalan Chepa sedang berucap merasmikan Program Khatam Al Quran peringkat Pengkalan Chepa jam 11:00 pagi di Dewan PUTIK.

YB Dr Muhammad Md Daud Selamat Dikebumikan

E-mail Print PDF

PASIR MAS – Adun Tendong, Dr Muhammad Md Daud, 64, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Perangkap, Bunut Susu, jam 12.50 malam, semalam. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Wahidah Nik Abdullah, 51, dan enam anak berumur 16 hingga 26 tahun.

Wahidah berkata, arwah suaminya sempat tidur beberapa jam dan bangun semula kerana menyambut kepulangan anak perempuannya dari Kuala Lumpur.

“Dia mengadu sesak nafas dan saya sempat mengambil minyak angin dan melulurkan belakangnya, namun selepas arwah batuk beberapa kali, dia tiba-tiba rebah atas katil,” katanya, semalam.

Menurutnya, arwah suaminya tidak mempunyai sebarang penyakit, meninggal sejurus selepas bersama anak-anak pada malam itu. Wahidah berkata, arwah juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap kerana sentiasa aktif berkhidmat kepada rakyat di Tendong.

Read more...

Pertandingan Futsal Mahabbah

E-mail Print PDF

KB FUTSAL ARENA, 23 Disember 2011: Pertandingan Futsal Mahabbah Piala Dato' ADUN Panchor telah diadakan dengan jayanya di KB Futsal Arena, Lot 4155 Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, Padang Tembak, 16100 Kota Bharu, Kelantan. Sebanyak 20 pasukan bertanding bermula jam 9:00 pagi.

Sewaktu ucapan perasmian, YB Ustaz Dato' Mohd Amar Bin Abdullah (Dato' Nik Amar) ADUN Panchor, mengingatkan betapa pentingnya beriadah atau bersukan sebagaimana yang disarankan oleh baginda Rasulullah SAW yang juga contoh terbaik seorang atlet.

Pertandingan dimenangi oleh pasukan Padang Tembak A dan membawa pulang Piala Pusingan Piala Dato' ADUN Panchor, piala iringan, serta wang tunai.

Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan Mahkamah Syariah

E-mail Print PDF
111204_mahkamah_syariah

LUNDANG, 04 Disember 2011: YB Dato' Nik Amar meluangkan masa mendengar penerangan, berkomunikasi serta mendapat maklum balas tentang perkara berbangkit dan masalah yang timbul dari kakitangan Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan Darul Naim di Kompleks Balai Islam. Majlis bermula jam 2:30 petang.

Sumber Berita & Gambar: Roslan Md Noor

Page 9 of 18