DUN Panchor

Saturday, Apr 20th

Last update02:09:31 PM GMT

You are here:: Home

Sumbangan Al-It'aam Ogos

E-mail Print PDF

120830_al_itaam_ogos

MASJID CIKGU HJ DAUD, 30 OGOS 2012: Sumbangan berbentuk 10kg beras setiap bulan ini adalah merupakan sumbangan bulanan yang kadang-kala tidak kami paparkan di web ini. Senarai penerima adalah dari keluarga yang susah. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu lagi memikirkan tentang beras setiap bulan yang menjadi makanan asasi kita.

Setiap kali sebelum penyampaian, akan sentiasa ada ceramah motivasi dan agama bagi memberikan semangat dan motivasi cara meningkatkan taraf hidup serta mendekatkan dan meninggikan darjat kita di sisi Allah. Pada kali ini, YB Ustaz Dato' Nik Amar sendiri meluangkan masa memberikan kata-kata semangat yang cukup menyentuh perasaan. Semoga sumbangan bulanan yang diterima hasil idea dari YAB Tuan Guru Nik Aziz satu ketika dulu ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka.